Tuesday, September 20, 2011

JAWATAN KOSONG GURU

Kami ingin menawarkan jawatan sebagai Guru Swasta di Sekolah Rendah As-Salam dan Sekolah Menengah As-Salam bagi sesi 2012. Syarat -syarat kelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut ialah :

i. Warganegara Malaysia
ii. Memiliki Kelulusan Ijazah dari mana-mana IPT.
iii. Mahir menggunakan komputer dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan.
iv. Mempunyai keperibadian yang terpuji, sentiasa komited, teliti dan proaktif dalam menjalankan tugas.

Sebarang permohonan dan resume boleh di hantar terus ke pejabat sekolah atau melalui pos dan hantar ke alamat :
Ketua Pengerusi Lembaga Pengelola,
Sekolah Rendah As-Salam dan Sekolah Menengah As-Salam,
Bangunan Boustead, Batu Satu Jalan Leila,
90000, Sandakan, Sabah...

Tarikh tutup permohonan : 4hb November 2011

Monday, July 18, 2011

SKEMA PEMARKAHAN UPSR SEKOLAH RENDAH 2011

Seperti kebiasaan, sekolah rendah sekali lagi mengadakan program skema pemarkahan UPSR sesi 2011. Program ini dilihat sangat berkesan dan memberi input kepada penambahbaikan teknik dan kaedah guru mengajar disamping memberi pendedahan kepada murid bagaimana cara belajar yang berkesan dan cara menjawab kertas soalan UPSR yang sebenar.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH AS SALAM 2011

Program ini telah diadakan pada 16 dan 17 April 2011. Program KKP merupakan acara yang wajib diadakan pada setiap tahun khususnya kepada para pengawas. Ianya bagi mengasah sifat kepimpinan dan membentuk jati diri pemimpin muda bagi melahirkan generasi pemimpin yang berkebolehan dan berdaya saing.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH

Persatuan St. John dan Kelab Pencinta Alam peringkat sekolah rendah As Salam telah mengadakan lawatan ke Rainforest Discovery Centre Sepilok pada 9 Jun 2011. Lawatan ini telah memberi peluang untuk pelajar menerokai keindahan flora dan fauna sambil mempelajari serba sedikit mengenai alam persekitaran. Pengalaman indah ini akan sentiasa tersemat dalam memori pelajar.

Friday, July 1, 2011

DAURAH ILMU

Perkampungan ilmu yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada tarikh 27 Mei hingga 29 Mei 2011 telah menjemput Ustaz Abu Huraira (Pengarah Da'wah USIA) dan Ustaz MdLofti Ariffin (Pengetua Pondok Nurul Hidayah Alor Setar Kedah) sebagai penceramah kali ini.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SESI 2011

Kursus kepimpinan pengawas merupakan satu program yang diadakan pada setiap tahun dalam usaha melahirkan pengawas yang berkaliber dan memiliki sifat kepimpinan. Kursus ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 Mac hingga 26 Mac 2011. Tema "Kepemimpinan Berilmu" yang diberi kali ini adalah selaras dengan objektif kursus dalam membina ketahanan fizikal dan mental pelajar bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti amanah, sabar, komitmen, proaktif dan berdaya saing. Aktiviti dalam program ini merangkumi 3 kategori yang terbahagi kepada 3 aspek iaitu aspek pembangunan diri, pembangunan kerohanian dan pemantapan fizikal.

Thursday, June 30, 2011

SAMBUTAN HARI GURU

Hari Guru adalah acara tahunan yang disambut di seluruh Malaysia untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik kerana menyumbangkan tenaga dan masa dalam mendidik generasi muda. Sambutan Hari Guru As Salam berlangsung dalam tempoh 2 hari iaitu pada 17 Jun dan 18 Jun 2011. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari guru seperti pertandingan sukaneka, persembahan nasyid, deklamasi puisi, dan drama sekumpulan pelajar. Secara tidak langsung, sambutan seperti ini memberi ruang kepada guru untuk merehatkan minda dengan menglibatkan diri sepenuhnya dalam acara program tersebut. Ia juga merupakan medium bagi mengeratkan hubungan ukhwah dalam kalangan guru dan pelajar.

Wednesday, March 23, 2011

TIGA PELAJAR ASSALAM MENDAPAT 10A DALAM SPM 2010






Pada tahun 2010 Sekolah Menengah (s) Assalam sekali lagi mengulangi pencapaian terbaik dalam keputusan SPM baru-baru ini. Ini pastinya mengejutkan pelbagai pihak lantaran sekolah ini hanyalah sebuah sekolah swasta yang masih banyak kekurangan khususnya dari sudut fasaliti. Namun begitu Assalam masih mampu melahirkan 3 pelajar cemerlang yang mendapat 10A iaitu Janet Cabanting@Dhiya Altafunnisa Binti Abdullah, Halimah Binti Nor Alih dan Ruraidah Binti Suaib. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga pendidik dan juga ibu bapa yang saling membantu dalam meningkat prestasi akademik pelajar di sekolah ini.

Saturday, March 12, 2011

SUKAN SEKOLAH MENENGAH (S) ASSALAM 2011
















Akitviti ini telah berlangsung pada 12 Mac 2011 bertempat di Kompleks Sukan Sibuga batu 5 Sandakan. Selain melahirkan warga yang sihat, aktiviti ini juga mampu memupuk semangat muhibbah dan setia kawan di kalangan guru-guru dan juga pelajar. Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, lompat jauh, lontar peluru, acara balapan, dan juga kawat kaki. Penglibatan yang menggalakkan dari warga sekolah telah berjaya menghasilkan atlet-atlet yang berkualiti.






Saturday, March 5, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ASSALAM








Bersempena Maulidur Rasul, sekolah rendah Assalam telah menganjurkan satu program khusus untuk menyambut ketibaan hari yang cukup bersejarah dalam kalendar umat islam khususnya. Seperti sambutan Maulidur Rasul yang lepas, sambutan kali ini juga tidak jauh bezanya. Majlis yang berlangsung pada 4 mac 2011 ini turut diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid Asslam yang diwakili oleh guru-guru sekolah menengah Assalam. Antara pengisian dalam program ini ialah seperti deklamasi sajak, persemabahan nasyid dari kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, syarahan, bercerita, pidato dan banyak lagi acara-acara yang mengisi progam ini. Tidak ketinggalan juga ceramah daripada Ustaz Bunyamin daripada sekolah menengah Assalam.

Friday, March 4, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH 2011



Pada tahun ini, sambutan Maulidur Rasul diadakan pada 4 Mac 2011 yang juga bertempat di dewan serbaguna Assalam. Seperti kelaziman, assalam telah mengadakan pertandingan kuiz, menulis sirah nabi, syarahan dan banyak lagi acara yang dipertandingkan. Assalam juga telah menjemput penceramah yakni Naftah Dulajis yang merupakan pelajar tahun lima perubatan University Zaqaziq, Republic Arab Mesir. Sambutan ini diharapkan mampu membentuk keperibadian pelajar muslim dan sekaligus dapat memahami sirah nabi disamping memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Sunday, January 30, 2011

Musibah & rahmat daripada Allah..









Pada 29 Jan 2011, Sandakan digemparkan dengan banjir yang agak mengerikan. Mengikut laporan, banjir yang melanda sandakan pada subuh 29 Jan bukan sekadar menyaksikan kemusnahan harta benda, malahan turut mengorbankan nyawa. Di tengah kemelut ini, Assalam juga turut ditempias dengan musibah ini, bukan sahaja dibanjiri air,malah pasir juga turut menghuni di setiap sudut bilik, dewan, dan perkarangan tempat letak kereta. Kemelut ini pastinya menuntut semangat persaudaraan dan ikhlasnya perpaduan untuk menghurai permasalahan ini,
dan Alhamdulillah semua pelajar dan guru telah pun memberikan kerjasama yang amat memuaskan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Tuesday, November 30, 2010

MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEKOLAH MENENGAH 2010




Sebelum menutup tirai sesi 2010, assalam telah menganjurkan majlis penutupan sekolah pada 30 Oct 2010, bertempat di dewan serbaguna assalam. Pelbagai program telah diadakan untuk menjayakan majlis ini termasuklah persembahan nasyid di kalangan pelajar dan guru, deklamasi sajak, persembahan dikir barat, penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang, dan banyak lagi acara-acara yg dirangka dalam majlis penutupan tersebut.

Monday, November 1, 2010

Majlis Penutupan Sek Ren Assalam




Majlis penutupan sekolah rendah assalam telah dibuat pada 1 Nov 2010 dan bertempat di dewan serbaguna sekolah. Pelbagai program menghiasai majlis ini. Antaranya pementasan lakonan, deklamasi sajak, nyanyian nasyid dan banyak lagi acara-acara yang menarik serta bersifat ilmuan.

Saturday, October 23, 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEK REN KALI KE-9 2010












Buat julung kalinya sukan tahunan sekolah rendah 2010 telah diadakan di Kompleks Sukan Sandakan. Seperti sukan-sukan yang lepas, ianya mempunyai keunikan dan perbezaan tersendiri sama ada dari sudut pengurusan mahupun acara-acara yang dipertandingkan. Kali ini giliran rumah kuning memenangi kejuaraan bagi pungutan pingat keseluruhan. Tahniah kepada pasukan rumah kuning dan juga kepada semua kru-kru yang terlibat dalam menjayakan Temasya Sukan Sekolah Rendah yang ke-9.